Halaman

Ahad, 1 Ogos 2010

Kesan dan faedah senaman

    Kesan senaman serta-merta melibatkan perubahan fungsi badan hasil daripada kehebatan aktiviti seseorang,daripada berehat kepada mengambil bahagian secara aktif.Antara kesan aktiviti senaman adalah:
  i.Kardiovaskular
Fungsi utama sistem kardiovaskular semasa senaman ialah untuk menghantar darah ke tisu-tisu aktif iaitu membawa oksigen dan bahan makanan,dan memindahkan bahan kumuh metabolisme.
 ii.Kadar debaran jantung (DJ)
Semasa rehat debaran jantung ialah 60-80 denyutan dalam satu minit (DSM).DJ atlet adalah antara 28-40 DSM seperti pelari maraton.Apabila memulakan senaman DJ bertambah serta-merta mendatar selepas satu hingga dua minit(mencapai satu keadaan yang tetap).
 iii.Tekanan darah (TD)
TD sistolik dan diastolik bertindak berasingan mengikut senaman.Tekanan sistolik bertambah selari dengan kehebatan senaman,tekanan diastolik pula berubah hanya sedikit sahaja mengikut senaman.
iv.Cecair badan
Kandungan cecair badan yang hilang semasa bersenam.Kandungan cecair bukan protein daripada isipadu plasma akan berkurangan hampir serta-merta,dan ini menyebabkan bertambahnya tekanan darah.Kekurangan isipadu plasma dalam jangka masa yang panjang akan mengurangkan prestasi kerana kekurangan kebolehan darah membawa oksigen.Apabila perpeluhan bertambah adalah amat penting cecair yang hilang itu diganti semula.

cara membuat signature

Langkah 1:Sebelum membuat signature,anda perlu pergi ke options,and then pilih more options.
 .

       Langkah 2:selepas itu anda harus memilih signature di ruang sebelah kiri.

Langkah 3: di ruang yang tersedia,anda harus mengisi maklumat berkaitan diri anda sebagai signature untuk memperkenalkan diri anda kepada pensyarah ataupun kepada sesiapa sahaja.Butiran yang harus anda tuliskan adalah seperti berikut:
             i.Nama penuh.
             ii.No matrik.
             iii.Alamat tetap @ alamat kolej.
             iv.Nama program  
             iiv.Aamat email.alamat facebook,alamat yahoogropus,alamat blogspot.

                  selamat mencuba dan semoga berjaya.....